Monday, May 31, 2010

UMNO KITA


Apa lagi yang mereka nak ni? Lagi ada usaha menyekat KW dilakukan. Terbaru ada program di DUN Damak. Zahar yang entah dari mana datang nya tiba-tiba boleh kehadapan. Siapa tok dalang dan siapa pula tok gending dalam kerja ini? Kami sudah nampak dan kami memang melihat ini berlaku, jadi jangan ada pihak cuba sembunyikan niat buruk mereka itu.

Kita masih ingat semasa di Jengka 24 dulu, Ketua UMNO Cawangan En. Dolah juga terlibat sama dalam usaha cas keting ini. Harap mereka ini sedar bahawa apa yang dilakukan ini akan melemahkan UMNO secara keseluruhannya. Apakah kita ingin melihat UMNO kalah dalam PRU13 nanti? Sedarkah bahawa kita masih belum benar-benar kuat sekarang ini? Cuba lihat perkembang terkini, banyak blogger-blogger pro kerajaan / UMNO juga sudah menghentam kerana tidak puas hati dengan beberapa perkara termasuk dasar kerajaan.

Sepatutnya kita semua tumpukan perhatian kepada memperkasakan UMNO Jerantut. Apa yang berlaku sekarang adalah kita semua telah menyumbang kepada memperkosa dan memperkasamkan UMNO itu sendiri.

KW jangan dicantas tetapi disokong, setakat ini dialah pemimpin UMNO Bahagian yang aktif dengan aktiviti kemasyarakatan. Kita semua harus sedar dan akui ini. Apapun usaha untuk melonjakkan Siti ianya harus dilakukan dengan teliti dan sabar. Situ juga jangan melatah dan terlalu mengikut arahan 'godfather'nya kerna silap langkah akan terjerat kerana KW juga mungkin sudah ada perancangan sendiri dari isyarat yang diberikan kepadanya selama ini. Jika tidak betul-betul kuat untuk memancung mungkin diri akan kecundang terpancung.

Siti situ sana sini harus hati-hati. Kalau tak betul-betul cukup kuat dari segi belanjawan peperangan, jangan sarang tebuan hendak dijolok. Kita yakin KW akan tetap teguh bagi satu dua penggal lagi. Yang terbaik adalah mengikut arus.

Saturday, May 29, 2010

PRU13 TAHUN HADAPAN


Banyak pihak berpendapat bahawa PRU13 akan diadakan tidak lama lagi iaitu selewat-lewatnya pada tahun 2011. Memanglah itu semua adalah budibicara DS Najib selaku Perdana Menteri Malaysia, namun segala tindakannya tidak bebas dari diperkatakan.

Berbagai alasan diberikan antaranya adalah penguncupan ekonomi menjelang 2012 serta penyusunan semula anggota kabinet sama ada dari segi potfolionya dan keanggotaannya. Dalam kata lain, PM akan memilih anggota kabinetnya sendiri dan bukan lagi menakhodakan negara dengan anggota kabinet lagasi dari Tun Pak Lah, serta merombak secara besar-besaran menteri-menteri kabinet yang 100% pilihannya.

Bagaimanapun saya berpendapat bukanlah terlalu mudah untuk melaksanakan usaha ini terutama untuk mengadakan PRU13 kerana sokongan rakyat terhadap kerajaan masih samar-samar. Dari beberapa siri PRK yang lalu jelas kelihatan bahawa undi kaum Cina tidak langsung memberikan simpati kepada BN sedangkan undi Melayu masih berpecah belah.

Kebimbangan yang teramat sangat adalah keadaan ini akan berterusan yang akan menyebabkan BN akan kalah lebih teruk dan akan kehilangan lebih banyak kerusi lagi sama ada di Parlimen ataupun DUN.

Kita pasti PM sedang menghadapi tekanan yang maha hebat. Hendak diadakan PRU masih bimbang akan kalah, dan jika tidak diadakan sekarang ini bimbang tekanan ekonomi akan menyebabkan rakyat lebih marah dan bertindak menolak BN dalam PRU pada bila-bila masa diadakan.

Saya akan cuba berikan pandangan saya mengenai PRU bagi kawasan parlimen Jerantut selepas ini nanti. Apapun, kita harus bersedia pada bila-bila masa bagi menghadapi PRU nanti dan semua pihak yang terlibat dalam politik Jerantut harus bersatu dan menggembeling tenaga untuk memastikan kemenangan. Seperti kata Tun Mahathir yang lebih kurang begini; Tidak bermakna kemenangan kita secara individu jika parti kita tidak memenangi secara keseluruhannya. Tidak bermakna kita menjadi Ahli Parlimen atau ADUN tetap kerajaan diperintah oleh pembangkang dan kita akhirnya menjadi pembangkang kepada kerajaan baru itu.

Friday, May 28, 2010

BLOG ORANG DIRILIR


Nampaknya politik Jerantut sekarang sudah berubah. Media baru mainkan peranan besar dan penting. Kalau Dato' Azizan boleh ada 2 blog, Wan Shahril dan WZWH juga ada blog, kas pun tak nak ketinggalan. Ingat deme saja pandai buat blog.

Kalau rasa nak sangat berlawan, mari kita betul-betul berlawan. Kalau Orang Di Hulu Tembeling pun boleh ada blog, tak kan kome di hilir ni tak ada blog, malulah kome.

Yang pasti, kome masih menguasi Politik jerantut ini walaupun dengan cara lama. Kami akan berubah dan jadikannya dalam bentuk baru. Cerdik pandai dan cikgu-cikgu ramai dalam kumpulan kome, apa susah?

Kas mintak SPU letakkan blog kas dan blog-blog kome semua nanti dalam link blog SPU. SPU kena bersikap adil dalam politik Jerantut dan kami masih memegang kuasa.