Tuesday, June 15, 2010

PAS JERANTUT LEBIH ADVANCE DAN BERMAKLUMAT

Saya salinkan maklumat dari sebuah laman blog Pas di Jerantut bagi menunjuk bagaiman mereka berkerja dan mendekati rakyat. Bagaimana mereka menggunakan lam blog bagi menyebar berita-berita mereka.

Kita tertanya-tanya, apa sudah jadi dengan UMNO kita yang masih terlena? Blog SPU nampaknya bukanlah blog resmi UMNO Jerantut, demikian juga blog Berita Pemuda dan beberapa blog Puteri UMNO bukanlah blog resmi pertubuhan berkenaan.

Jadi dimana sebenarnya blog resmi UMNO Jerantut? Masih belum lahir atau UMNO Jerantut merasakan bahawa mereka masih lagi tetap akan menang walau tidak berusaha menepis dakyah lawan atau tidak menyebar apa-apa berita melalu media yang digemari masa kini.

Jika UMNO tidak berubah, maka rakyat akan mengubahnya dan sebenarnya Pas sedang menganjak rakyat untuk mengubah keadaan ini. Jangan kita sesali nanti.


LAWATAN KERJA YDP KE ULU TEMBELING

Pada 18.3.2010 PAS Kawasan Jerantut telah menghantar YDP dan Setiausahanya ke kawasan Ulu Tembeling bagi bertemu dengan penduduk yang berada di kawasan tersebut. Kawasan tersebut meliputi beberapa buah kampung tradisional yang terdiri daripada Kg. Pagi, Kg. Sat, Kg Bantal, Kg. Bukit Mat Darling dan Gusai. Turut serta dalam lawatan tersebut ialah 2 orang AJK termasuk Ustaz Zakuan.


Dalam lawatan tersebut, YDP Pas Kawasan Jerantut, Dr. Hamzah Jaaffar telah diberi penghormatan untuk menyampaikan kuliah maghribnya di Masjid Kg. Mat Darling. Turut hadir dalam kuliah tersebut ialah Ketua Kampung Kg. Mat Darling. Dalam kuliah, Dr. Hamzah hanya menekankan betapa perlunya kita memiliki sifat taqwa dalam diri masing-masing agar hidup manusia akan lebih aman dan damai samada di dunia maupun akhirat. Untuk mendapatkan sifat taqwa maka majlis-majlis ilmu samada kuliah atau ceramah agama hendaklah diperbanyakkan teutamanya di masjid. Kesan dari sifat taqwa akan menyebabkan anak isteri akan bahagia hidup mereka kerana mempunyai ayah dan suami yang bertanggungjawab yang terhasil dari sifat taqwa. Rakyat pula akan hidup aman damai kerana dijagai oleh pemimpin yang bertanggungjawab lantaran bertaqwa kepada Allah swt. Begitulah antara penekanan dalam kuliah yang disampaikan oleh Dr. Hamzah tanpa menyentuh secara langsung hal-hal yang berkaitan dengan politik

Ketika ditanya mengenai lawatan tersebut, Dr. Hamzah menjelaskan bahawa lawatan kali ini adalah untuk meninjau sejauh mana Kerajaan UMNO/BN menunaikan janji mereka untuk membina jalanraya yang menghubungkan Kuala Tahan ke Ulu Tembeling. Beliau dan rakan-rakannya sengaja memilih melalui ‘jalan darat’ tidak ‘jalan air’.

Sepanjang melalui jalan tersebut, badan terasa sakit kerana jalannya berlopak-lopak dan banyak yang rosak kerana digunakan untuk mengeluarkan kayu balak yang terdapat di sekitar kawasan Ulu Tembelang.

‘Apa yang saya dapat dari lawatan ini ialah rupa-rupanya terdapat 4 buah jambatan kukuh yang terbina semasa PAS memenangi DUN Tahan pada Tahun 1999. Pada waktu itu, DUN Tahan diwakili oleh Allahyarham YB Abdul Malek Yusof. Pada zamannyalah, penduduk Ulu Tembeling mendapat kemudahan letrik sedangkan sebelum itu lebih 40 tahun lamanya, penduduk di sana tidak mendapat bekalan letrik dan tiada jambatan yang merentangi anak-anak sungai yang terdapat sepanjang laluan ‘darat’. Ini bermakna PAS telah berjaya membina 4 buah jambatan untuk rakyat di Ulu Tembeling sepanjang lebih kurang 4 tahun iaitu dari 1999-2004. Dengan sebab itu, saya yakin kalaulah DUN Tahan diwakili oleh wakil rakyat PAS, Insya Allah masalah jalan mungkin dapat diselesaikan lebih-lebih lagi kalau sekiranya Pakatan Rakyat memerintah Negeri Pahang.’Ujar beliau ketika ditanya mengenai lawatan PAS Kawasan Jerantut

Untuk makluman, sehingga kini penduduk di Ulu Tembeling masih menggunakan jalan air sebagai jalan utama mereka sekiranya mereka ingin ke Kuala Tahan atau ke Bandar Jerantut. Namun ada kalanya jalan air amat menyeksakan mereka sekiranya air sungai didapati cetek seperti musim sekarang. Air yang cetek menyebabkan mereka terpaksa menolak perahu atau bot mereka apabila sampai di tempat yang airnya’cetek/tohor’.

Semasa perjalanan pergi, Dr. Hamzah dan rombongan pacuan 4 rodanya telah singgah di Kg. Pagi dan Kg. Sat. Mereka pulang keesokan harinya iaitu Hari Jumaat. Dalam perjalanan pulang, mereka sempat singgah di Kg. Bantal dan bertemu dengan penduduk yang datang ke pekan sehari.

Penduduk di sana mengharapkan agar PAS handaklah memperbanyakkan lawatan ke Ulu Tembeling dan mereka meminta agar diadakan kuliah di masjid mereka. Bagi mereka, mereka tidak takut lagi untuk berdampingan dengan pemimpin PAS kerana mereka telah banyak kali ditipu oleh pemimpin UMNO/BN terutamanya dalam isu pembinaan jalanraya yang sehingga kini, lebih 50 tahun lamanya masih belum dimulakan pembinaannya. Yang telah dibina ialah papan tanda yang tidak bertarikh sebagai penyejuk hati.

Thursday, June 3, 2010

Apa yang 'ndak diubahkan?


Memang kadang-kadang perubahan itu bagus, tetapi kadang-kadang tidak lah juga.

Apa perlunya UMNO Jerantut berubah? Apa yang hendak diubahkan?

Kas rasa UMNO Jerantet tak payahlah berubah atau berubah banyak-banyak sangat. Nak berubah apa mendanya. Kita terus kekal kan begitu saja, seperti dulu.

Ahli Parlimen kita kekalkan YBM Tengku Lan. Tengku masih releven. Yang kena kuis hanyalah lalat dan langau sekelilingnya, yang hitam dan yang putih, yang malbrur dan yang marlboro.

ADUN Pulau Tawar masih Dr. Shukri. Kalau rasa dia dah lama sangat, mungkin letakkanlah Ketua Wanita UMNO Jerantut. Jerantut pun dah lama tak ada YB dari kalangan Wanita sejak selepas YB Chu Rahimah dulu. KW kak Wok pun nampaknya kuat kerja lagi pun sentuhan wanita ni lembut dan ghairah. (Gamok kas lah)

ADUN Tahan pun kekalkanlah YB(oroi) Wan Mizan. Orang di Ulu Tembeling bukan kisah sangat siapa calon mereka. Asal letak dema pangkah asalh pangkah dema letak. Tapi kalau nak ubah juga, letakkanlah calon dari tokoh pemuda, Jalal pun baik orangnya. Adik Burhan. Bolehlah nanti diujudkan satu Dynasti yang akan menjajah dan memerintah Sungai Abai serta jajahan takluknya. Dato' Otai memang sokong sangat rasanya. Anak murid dia. Penyambung legasi.

ADUN Damak ni UMNO harus mintak pada kerajaan untuk letak calon Melayu. Orang Melayu dah tertekan kerana ADUN tak pernah perjuangkan kepentingan Melayu di DUN Damak ini. Asyik-asyik diperjuangkan kepentingan Cina silap-silap nanti diperjuangkan juga ketuanan Cina. Calon dari UMNO harus mengisinya tapi bukanlah Zahar sebab umno mesti letakkan calon yang slim untuk sentiasa aktif dan bergerak mendampingi rakyat. Yang boroi-boroi patut disingkirkanlah.

Tapi kalau terlalu kurus pun tak bagus juga. Bimbang nanti ditiup angin terbang melayang entah kemana atau cepat berubah arah sekejap kesana sekejap kesinin sekejap kesitun. Tak sesuai untuk SU tapi mungkin sesuai untuk orang ke-3 yang lebih kaya raya.

Kamaruzaman Baria dan Dato' Azizan pun mungkin boleh diperhatikan tempat untuk mereka kerana bukan segala yang kitar semula tidak baik. Mungkin mereka akan datang dengan semangat baru yang lebih membara untuk berjuang demi bangsa dan negara. Ini bukan retorik, tetapi bersemangat juang yang tinggi dan sentiasa membara didalam dada.

Abang Bu apakah ada atau tak ada dalam AJK tidaklah memberi apa-apa makna selain dari jadi melukut ditepi gantang. Kas tak berani nak kata langau sebab SPU dan kena marah sebab menyebut perkataan lalat dan langau. Tapi AJK haruslah mereka yang bersungguh-sungguh untuk berkerja untuk memperkasakan UMNO. Cukuplah kita memilih kerana kita diberi sedikit duit...inilah rasuah namanya. Pilihlah kerana mereka mampu berkhidmat bukan menambahkan nazak UMNO yang dah makin nak mati ni.

Yang penting YBM Tengku Lan sedar dan tau keadaan sekelilingnya di Jerantut ini. Politik Jerantut ini memang bergelumang kotoran. Tangan-tangan hitam sentiasa ada dan ingin mencaturi politik Jerantut ini.

Dengar khabarnya Kak Key akan dicalonkan sebagai Ahli Majlis Daerah, apalah sumbangan besar yang telah diberikannya kepada manyarakat Jerantut ini selain dari menciluk segala projek rakyat menjadikan projek peribadinya sendiri. Kalau UMNO Jerantut waras dia pun tidak layak untuk bertanding G2.

Kas akan dapat apa? Kas akan terus jadi penyokong setia godfather...bukan goatfather ahhh! Apa awak orang nak peduli? Ikut kas lah!