Tuesday, August 24, 2010

KETUA BAHAGIAN DIRASUAH KANGKANG



Sila baca posting CnP dari blog Al-Banjari:

(18SX) - Rasuah Seks ? Harga kangkang hanya RM600?

8:00 AM Posted by radens albanjari


Jika benar apa yang dilaporkan oleh blogger MSO, UMNO makin berbau hancing. Gila !! Rupanya nilai perempuan dalam Umno dimata pemimpin Bahagian hanya RM600 hinggit.


Satu penghinaan yang cukup jelas kepada wanita. Jika dibaca dari umur perempuan yg menjadi mangsa itu (30an) mungkinkah Puteri Umno menjadi mangsa? Nampaknya semakin tidak selamat wanita di dalam Umno, apa tidaknya nak buat loan pun kena bagi 'upah'..! Upah pulak..'tut-tut', Subhanallah. Baca dibawah :


[..] Maklumat lanjut sedang dikumpul. Wanita berkenaan juga dimaklumkan bersedia untuk diambil keterangan dan membuat pendedahan. Jika tidak ada aral melintang percakapan 'beramaran' dengan beliau akan dapat diikuti.

Dari sumber yang dipercayai, wanita berkenaan telah pun menyerahkan dirinya kepada ketua bahagian berkenaan di sebuah hotel. Gambar ketua bahagian berkenaan semasa di hotel juga sempat dirakam oleh wanita berkenaan.

Ceritanya begini; wanita Umno berkenaan telah memohon bantuan kewangan sejumlah RM10,000 dibawah skim sebuah institusi yang dikelolakan oleh kerajaan Barisan Nasional. Untuk mendapat bantuan ini biasalah, wanita berkenaan kena mendapat sokongan PPM - Pegawai Penyelia Mukim kemudian akan disahkan oleh Ketua Bahagian Umno.

Wanita berusia lebih 30an ini - anak dara tualah kiranya, memohon bantuan berkenaan untuk memulakan perniagaan. Dia telah melalui proses biasa. Tetapi selepas lama menanti kelulusannya dia menghubungi atau bertanya ketua bahagian berkenaan.

Ketua bahagian itu telah menjanjikan akan cuba membantunya dengan memberi syarat tertentu sedia untuk melakukan khidmat sex dengannya. Kerana yakin dan terpdaya wanita berkenaan sedia menurut kehendak ketua bahagian berkenaan.

Beberapa bulan selepas menunggu permohonan tetapi tidak diluluskan menyebabkan wanita berkenaan mulai bising. Untuk menutup rahsia itu dari tertedah ketua bahagian berkenaan telah membayar sebanyak RM600 kepada wanita berkenaan dan meminta agar ianya tidak dihebohkan sementara usaha mendapat bantuan RM10,000 itu diusahakan.

Semua rakaman percakapan dan SMS semasa 'rundingan dan tawar menawar' yang berlaku antara ketua bahagian dengan wanita berkenaan dan termasuknya jumlah pemkaluman pemberian wang sebanyak RM600 juga disimpan dalam bentuk SMS akan didedahkan oleh wanita berkenaan.(mso-melayu)




Mujurlah pemimpin UMNO Jerantut tidak sepertimana didalam kisah di atas itu. Bayangkanlah jika kita ada skandal seperti 'adik-beradik sesusu', 'abang bu dan keracunan meminum susu expired kak key', 'sara chivas', dan.....mujurlah bukan di Jerantut.