Wednesday, July 7, 2010

SIAPAKAH CALON-CALON JERANTUT?

Blog SPU dan Sangkakala menulis mengenai calon-calon pemimpin UMNO Bahagian Jerantut. Antara calon yang namanya disebut adalah;

1. Dato' Ghazali Sulaiman (Setiausaha UMNO Bahagian)
2.Hj. Nazlan Idris (Ketua Penerangan)
3.Zaharuddin Abdul Rahman (Pemangku Penolong Pengerusi DUN Damak(?))
4.Jalaluddin Hj Ghazali (AJK Bahagian)
5.Dato' Nazri Ngah (Naib Ketua Bahagian)
6.Wan Shamsuri Wan Abd Jalil (AJK Bahagian)
7. Ghazali Hamzah (AJK Bahagian)
serta
8. Cik Hartini Abd Rahman (Ketua Puteri)
9. Norhelan Mahamud (Ketua Wanita UMNO)

Menurut sumber yang rapat menyatakan bahawa Dato' Ghazali Sulaiman kurang berminat untuk menjadi Ahli Parlimen dan Ketua Bahagian. Selain itu beliau juga kelihatan tidak ada keyakinan diri mungkin ada kaitan dengan sesuatu yang ramai tidak mengetahuinya.

Hj. Nazlan Idris tidak dapat diyakini kerana setakat ini komitmennya kepada UMNO Bahagian tidak menyerlah langsung. Beliau sebagai Ketua Penerangan sepatutnya memantau segala blog-blog yang ada di Jerantut ini dan mengambil inisiatif untuk menwujudkan blog resmi UMNO Bahagian namun beliau gagal kerana masih tidak memahami blog dan facebook sebagai alat media sosial yang sangat berkesan ketika ini.

Zaharuddin Abdul Rahman langsung tidak memperlihatkan ketokohannya sebagai pemimpin dan hanya mengharapkan sokongan mentor-mentornya untuk dapat menghidupkan nafas politiknya sendiri. Sebagaimana yang berlaku dimana beliau seolah merampas kedudukan KW sebagai Pengerusi DUN Damak atas sokongan mentornya, namun cepat dinafikan oleh YBM Tengku Azlan selaku Ketua Bahagian.

Jalaluddin Ghazali, calon muda namun mash terlalu mentah untuk diketengahkan dan ini diakui sendiri oleh 'godfather'nya. Kerana itu 'godfather'nya masih berharap YBM Tengku masih kekal sebagai persediaan mematangkan beliau. Bagaimanapun, beliau kurang faham pergaulan dalam politik dan kurang disukai dan tidak seperti big brothernya 'Abang Bob'. Beliau masih belum layak dan akan tercicir begitu saja nanti.

Dato' Nazri Ngah, masalah utama beliau adalah masalah kesihatannya yang tidak mengizinkan bergiat serius dalam politik. Masalah keduanya adalah beliau terlalu mengutamakan perniagaannya mengatasi politik sehingga akan memperlihatkan bahawa beliau akan menggunakan politik untuk untuk perniagaannya. Dibeberapa kawasan DUN beliau kelihatan tidak disenangi.

Wan Shamsuri Wan Abd Jalil, beliau mungkin layak tetapi masih dibayangi Wan Amizan. Selagi nama Wan Amizan ada di Jerantut selagi itu namanya sukar untuk muncul kerana masyarakat Jerantut tidak akan rela terlalu banyak wan-wan menguasai politik Jerantut. Ini bukan salah beliau tetapi kesalahan Wan Amizan yang telah memberikan persepsi buruk keluarga Wan di Jerantut.

Ghazali Hamzah bukanlah dilahirkan sebagai seorang pemimpin, sebaliknya beliau dilahirkan sebagai pendua kepada setiap pemimpin. Rakyat masih belum lupa ketika beliau dilantik menjadi wakil calon kepada Cik Gu Halim, beliau adalah pagar makan padi.

Cik Hartini dan Puan Norhelan Mahamud, menunjuk prestasi baik dengan mengadakan berbagai-bagai aktiviti bagi pihak sayap masing-masing. Mereka layak dipertimbangkan sebagai calon mana-mana DUN yang kosong nanti. Kanapa pula tidak, UMNO Jerantut sudah lama kehilangan sentuhan wanita dalam mengendalikan DUN selepas pengunduran Hajjah Rahimah.




8 comments:

Anonymous said...

Salam.Kenapa tidak kita recycle semula Wan Abu Bakar,Kamarulzaman Baria atau Azizan? mereka lebih layak dari nama nama yang tersebut di atas tadi.Kalau setakat nama nama di atas tadi. baik kita calonkan orang asli sebagai wakil rakyat parlimen Jerantut.

Anonymous said...

hahaha, ya betul, saya setuju dan sokong

NAGASAKTI said...

Salam.
Hai, mana gambar asal tu. Dulu lain, sekarang lain. Mengapa ya? Dah elok dah taruk gambar kepala botak tu, padam pulak. Polis cari ke?
Yang puji sangat bekas yb yg keturunan sak... tu, apa dia buat masa dia jadi yb dulu. Dah bagi peluang sekali cukup lah. Kalau cakap yb sekarang penipu, yg ajar dialah. Dia yang ambil tanah AJK Pemuda dulu, dia yang jual balak 2x, dia yang tipu belajar dulu dari yb yang ada, dia yg main rasuah politik dulu dari orang lain masa lawan Khalil Moin. Jangan lah mengata orang tak baik, tengok diri sendiri dulu. Kerani dia jadi apa sekarang? jangan lah mengata orang tak elok. Jual TF 2x, nak ambil semula jadi milik persendirian tu sapa? Nak mengata orang tak buat kerja, dia tu buat kerja apa. Semua jawatan dia dah pegang kecuali ketua, yg rosak UMNO Jerantut, dia punya angkara lah. Tak Payah nak recycle lah , tak ada value langsong. Kesihan orang yg mengikut dia, budak2 baru belajar politik, kena tipu dik yb tu aja. Dapat dato terus tinggal YBM, Dato Bazin yg ambil dia dalam semak pun kena tinggal, tunggulah masa orang lain pula. Insaflah wahai saudara, nanti saudara juga jadi mangsa orang yang tidak ada perasaan seperti dia, politik semua halal pada dia.

Anonymous said...

orang bodo je ngikutnye.

Anonymous said...

AJK Bahagian yang ada tu ramai juga yang punyai kelulusan; ada yang ada kelulusan dan pengalaman yang lama dalam politik, ada yang tak ada kelulusan tetapi punyai pengalaman dalam politik sejak dalam pemuda (jadi gurka hingga kepada pemimpin pemuda). Ada juga dikalangan mereka itu punyai kedua-duanya tetapi tak diberi peluang untuk menerajui biro. Pengerusi Biro amat penting dalam menggerakkan aktiviti parti. Apa kata kita nilai sorang-sorang AJK tu supaya kita dapat bintangnya yang benar-benar layak....

Anonymous said...

Nagasakti,
marah benar aok pada Yb keturunan sak... tu.. aok ni Wan Amizan ke? atau pencacai Wan Amizan. Adatlah dunia politik, sapa tgh memerintah ramailah nak jatuh ke dia, masa kamarulzaman baria, wan bakar, azizan dulu, wan amizan pun ada buat geraakan nk jatuhkan deme2 tu. Skrg sampaila masa dia pula. Dulu org sebaik Mat Jaafar pun kerja dek wan amizan. Bila wan amizan dan tak bertanding esok, sapa nak peduli ke dia? Balik jengka 12 je la

pOLITIK jERANTUT said...

Takut polis? Apsal? Apa salahnya? Kita tukar template kerana ini lebih sesuai dengan politik Jerantut. Politik wang yang menghidupkan dan mewarnakan politik Jerantut. Bukankah kita sentiasa dikellilingi politik wang? Ada sesiapa yang berani kata bahawa pemimpin kita sekarang ini tidak terlibat dalam politik wang? Ada perwakilan yang berani kata tidak menerima tumbuk rusuk selama ini? Di DUN Tahan banyak sekali laporan mengenai politik wang, ada sesiapa berani nak nafikannya? Hahaha, YB nak nafikan juga? Hehehehe...UMNO .....

Lukk said...

Pastikan untuk PRU13 akan datang,Ahli Parlimen Jerantut adalah anak jati Jerantut...Ini akan menyenangkan urusan penduduk di Jerantut...