Tuesday, June 15, 2010

PAS JERANTUT LEBIH ADVANCE DAN BERMAKLUMAT

Saya salinkan maklumat dari sebuah laman blog Pas di Jerantut bagi menunjuk bagaiman mereka berkerja dan mendekati rakyat. Bagaimana mereka menggunakan lam blog bagi menyebar berita-berita mereka.

Kita tertanya-tanya, apa sudah jadi dengan UMNO kita yang masih terlena? Blog SPU nampaknya bukanlah blog resmi UMNO Jerantut, demikian juga blog Berita Pemuda dan beberapa blog Puteri UMNO bukanlah blog resmi pertubuhan berkenaan.

Jadi dimana sebenarnya blog resmi UMNO Jerantut? Masih belum lahir atau UMNO Jerantut merasakan bahawa mereka masih lagi tetap akan menang walau tidak berusaha menepis dakyah lawan atau tidak menyebar apa-apa berita melalu media yang digemari masa kini.

Jika UMNO tidak berubah, maka rakyat akan mengubahnya dan sebenarnya Pas sedang menganjak rakyat untuk mengubah keadaan ini. Jangan kita sesali nanti.


LAWATAN KERJA YDP KE ULU TEMBELING

Pada 18.3.2010 PAS Kawasan Jerantut telah menghantar YDP dan Setiausahanya ke kawasan Ulu Tembeling bagi bertemu dengan penduduk yang berada di kawasan tersebut. Kawasan tersebut meliputi beberapa buah kampung tradisional yang terdiri daripada Kg. Pagi, Kg. Sat, Kg Bantal, Kg. Bukit Mat Darling dan Gusai. Turut serta dalam lawatan tersebut ialah 2 orang AJK termasuk Ustaz Zakuan.


Dalam lawatan tersebut, YDP Pas Kawasan Jerantut, Dr. Hamzah Jaaffar telah diberi penghormatan untuk menyampaikan kuliah maghribnya di Masjid Kg. Mat Darling. Turut hadir dalam kuliah tersebut ialah Ketua Kampung Kg. Mat Darling. Dalam kuliah, Dr. Hamzah hanya menekankan betapa perlunya kita memiliki sifat taqwa dalam diri masing-masing agar hidup manusia akan lebih aman dan damai samada di dunia maupun akhirat. Untuk mendapatkan sifat taqwa maka majlis-majlis ilmu samada kuliah atau ceramah agama hendaklah diperbanyakkan teutamanya di masjid. Kesan dari sifat taqwa akan menyebabkan anak isteri akan bahagia hidup mereka kerana mempunyai ayah dan suami yang bertanggungjawab yang terhasil dari sifat taqwa. Rakyat pula akan hidup aman damai kerana dijagai oleh pemimpin yang bertanggungjawab lantaran bertaqwa kepada Allah swt. Begitulah antara penekanan dalam kuliah yang disampaikan oleh Dr. Hamzah tanpa menyentuh secara langsung hal-hal yang berkaitan dengan politik

Ketika ditanya mengenai lawatan tersebut, Dr. Hamzah menjelaskan bahawa lawatan kali ini adalah untuk meninjau sejauh mana Kerajaan UMNO/BN menunaikan janji mereka untuk membina jalanraya yang menghubungkan Kuala Tahan ke Ulu Tembeling. Beliau dan rakan-rakannya sengaja memilih melalui ‘jalan darat’ tidak ‘jalan air’.

Sepanjang melalui jalan tersebut, badan terasa sakit kerana jalannya berlopak-lopak dan banyak yang rosak kerana digunakan untuk mengeluarkan kayu balak yang terdapat di sekitar kawasan Ulu Tembelang.

‘Apa yang saya dapat dari lawatan ini ialah rupa-rupanya terdapat 4 buah jambatan kukuh yang terbina semasa PAS memenangi DUN Tahan pada Tahun 1999. Pada waktu itu, DUN Tahan diwakili oleh Allahyarham YB Abdul Malek Yusof. Pada zamannyalah, penduduk Ulu Tembeling mendapat kemudahan letrik sedangkan sebelum itu lebih 40 tahun lamanya, penduduk di sana tidak mendapat bekalan letrik dan tiada jambatan yang merentangi anak-anak sungai yang terdapat sepanjang laluan ‘darat’. Ini bermakna PAS telah berjaya membina 4 buah jambatan untuk rakyat di Ulu Tembeling sepanjang lebih kurang 4 tahun iaitu dari 1999-2004. Dengan sebab itu, saya yakin kalaulah DUN Tahan diwakili oleh wakil rakyat PAS, Insya Allah masalah jalan mungkin dapat diselesaikan lebih-lebih lagi kalau sekiranya Pakatan Rakyat memerintah Negeri Pahang.’Ujar beliau ketika ditanya mengenai lawatan PAS Kawasan Jerantut

Untuk makluman, sehingga kini penduduk di Ulu Tembeling masih menggunakan jalan air sebagai jalan utama mereka sekiranya mereka ingin ke Kuala Tahan atau ke Bandar Jerantut. Namun ada kalanya jalan air amat menyeksakan mereka sekiranya air sungai didapati cetek seperti musim sekarang. Air yang cetek menyebabkan mereka terpaksa menolak perahu atau bot mereka apabila sampai di tempat yang airnya’cetek/tohor’.

Semasa perjalanan pergi, Dr. Hamzah dan rombongan pacuan 4 rodanya telah singgah di Kg. Pagi dan Kg. Sat. Mereka pulang keesokan harinya iaitu Hari Jumaat. Dalam perjalanan pulang, mereka sempat singgah di Kg. Bantal dan bertemu dengan penduduk yang datang ke pekan sehari.

Penduduk di sana mengharapkan agar PAS handaklah memperbanyakkan lawatan ke Ulu Tembeling dan mereka meminta agar diadakan kuliah di masjid mereka. Bagi mereka, mereka tidak takut lagi untuk berdampingan dengan pemimpin PAS kerana mereka telah banyak kali ditipu oleh pemimpin UMNO/BN terutamanya dalam isu pembinaan jalanraya yang sehingga kini, lebih 50 tahun lamanya masih belum dimulakan pembinaannya. Yang telah dibina ialah papan tanda yang tidak bertarikh sebagai penyejuk hati.

7 comments:

tyrasopian said...

weyh,aok tak takut kne tngkap ngan polis ke??

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam saudara politik jerantut,
Blog saudara adalah blog yang paling tidak ada kredibiliti di Jerantut kerana menggunakan identiti orang lain. Bagaimana media baru Jerantut mahu percaya saudara? Ikutlah gaya blog WZWH berani, berterus terang, ada kredibiliti berani tunjuk identiti yang sebenar.
Saudara politik Jerantut pesan sama Dr Hamzah suruh dia bertanding di DUN Tahan PRU 13 nanti kalau Dr Hamzah ada batu dan anak jantan. Jangan suruh wanita muslimah bertanding lagi. Atau minta Tuan Ibrahim Tuan Man bertanding di DUN Tahan. Kita lihat siapa yang terjun ke Sungai Tembeling dulu!

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Salam.Kalau pemimpin UMNO masih terus dengan sikap bangsat mereka tidak mustahil DUN tahan akan jatuh ke tangan pas.Jangankah mereka letak Tuan Ibrahim,jika mereka letak kan lembu pun tak mustahil lembu akan menang kalau pemimpin UMNO masih tak ubah sikap bangsat mereka yang asik membuncitkan perut tanpa menjaga kepentingan rakyat.

Anonymous said...

saudara tuan punya blog ni hard core parti pas ke?

||Aku Pemikir|| said...

Salam blogger,

Minta link dan men jadi followernya dan minta jika tuan juga sama link kan dan menjadi follower blog saya. moga dapat bertukar pandangan dan idea.. :)

http://khairul-hafidz-alkhair.blogspot.com/



khairul hafidz,
anak kelahiran Mentakab ,Pahang
UNPAD, Bandung

Anonymous said...

biasalah orang umno memang tak banyak gunanya.cuma tahu menegakkan benang yang basah.malaysia dah merdeka 53 tahun,tapi bagaimana kehidupan orang tembeling?kawasan dun tahan?orang luar curi balak jadi kaya raya,orang kampung masih hidup macam zaman sebelum merdeka.jalan pun tak pernah ada.bila nak pilihanraya,barulah janji macam-macam.nak buat jalan la konon.wzwh tu kan orang umno.kat blog dia kelentong cakap kerajaan nak buat jalan dari kuala tahan sampai ke kg. pasir raja,terengganu dalam rmk 10.logik ke nak buat?sedangkan jalan ke kg mat daling pun tak pernah buat lagi sejak 53 tahun merdeka.jalan sedia ada dalam rmk 9,contohnya jalan jerantut-benta pon tak siap-siap lagi.jambatan sedey sebatang menyeberang sungai pahang kat kuala tembeling pon tak mampu nak suruh kerajaan pusat buat.apa gunanya ahli parlimen jerantut dari puak umno ni sejak merdeka dulu?tidur,makan duit rakyat,tipu rakyat no 1.oh ye,wakil dun tahan bukan ke sekolah sampai tingkatan 2 je?patut la tak boleh pakai.kesian orang tembeling.