Friday, May 28, 2010

BLOG ORANG DIRILIR


Nampaknya politik Jerantut sekarang sudah berubah. Media baru mainkan peranan besar dan penting. Kalau Dato' Azizan boleh ada 2 blog, Wan Shahril dan WZWH juga ada blog, kas pun tak nak ketinggalan. Ingat deme saja pandai buat blog.

Kalau rasa nak sangat berlawan, mari kita betul-betul berlawan. Kalau Orang Di Hulu Tembeling pun boleh ada blog, tak kan kome di hilir ni tak ada blog, malulah kome.

Yang pasti, kome masih menguasi Politik jerantut ini walaupun dengan cara lama. Kami akan berubah dan jadikannya dalam bentuk baru. Cerdik pandai dan cikgu-cikgu ramai dalam kumpulan kome, apa susah?

Kas mintak SPU letakkan blog kas dan blog-blog kome semua nanti dalam link blog SPU. SPU kena bersikap adil dalam politik Jerantut dan kami masih memegang kuasa.

10 comments:

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam saudara PEE-YANN.
Selamat datang ke blogger politik Jerantut. Tahniah. Semoga kehadiran blog politik Jerantut memeriahkan lagi politik Jerantut.

Saudara bertuah kerana posting pertama blog saudara telah dilink ke blog SPUJ. Semua blog politik Jerantut seperti Cawan Tembaga, Urag Drrulug, Sri Tri Buana, Pendua, Penyegar, BPUJ,Puteri, N9 Tahan, dsb telah dilinkkan TETAPI blog WZWH tidak dilinkkan. Entah apa sangat takut ke Blog WZWH, saya tidak tahu.

Saya harap saudara tulis blog dengan bernas sesuai dengan profesion saudara dan jangan terpengaruh dengan style blog-blog bersikap negatif. Tq, selamat berblog.

SPU said...

Sdr.letaklah visitor counter bagi memudahkan kita mengesan berapa pembaca kita dalam sehari

pee-yann said...

Tolonglah ajarkan macamana nak letak visitor counter tu, kas mana pandai lagi buat ni

azman said...

dari azman mara.

Tahniah sy ucapkan kepada penulis blog politik jerantut. mcm ni lah baru ada kemajuan politik jerantut. untuk wzwh pula spu bukan bersikap tidak adil dgn wzwh, sy rasa spu bukan berstatus golongan bendahara seperti wzwh.mungkin dia malu dgn status wzwh. hidup umno jerantut.
sekian.

Anonymous said...

Pee Yan,

Kata cerdik sgt, buat counter pun tak tahu?

melayurayadaily said...

SDR PEE YANN,

Tahniah kerana saudara telah membuka laman blog yang menarik perhatian ramai walau pun baru ketengahkan. Saudara mempunyai bakat besar dan ianya sesuai dengan profesi saudara sebagai Pengembang ilmu.

Saya yakin dengan kehadiran laman saudara akan mengukuhkan lagi perjuangan UMNO yang menghadapi tekanan dari berbagai penjuru ini.

salam hurmat.

Anonymous said...

dah ke depan..tahniah kerana mendapat jawatan AJK kayu Api bersama Sdr Halim Mahasan dan Zahar pada program bersama bapa angkat di balai Tun Teja..

tyrasopian said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

congratetulation to Tri Sri Buana for the very general posting that can drag public interest to read. Bro,youre the best as long as you not squeeze the trigger to shoot someone.Good luck.

Anonymous said...

thats not cg pian larh!!saye dgr2 cte...blog ney da nak kne report polis sbb bwad blog gne name org n gambar org..dorg da print da blog neyh....mesti kne tgkp nyer org ney...percaye r....klo tanak kne tgkp... please aplogise to cg pian n clean his name at this blog befor delete it!!