Monday, May 31, 2010

UMNO KITA


Apa lagi yang mereka nak ni? Lagi ada usaha menyekat KW dilakukan. Terbaru ada program di DUN Damak. Zahar yang entah dari mana datang nya tiba-tiba boleh kehadapan. Siapa tok dalang dan siapa pula tok gending dalam kerja ini? Kami sudah nampak dan kami memang melihat ini berlaku, jadi jangan ada pihak cuba sembunyikan niat buruk mereka itu.

Kita masih ingat semasa di Jengka 24 dulu, Ketua UMNO Cawangan En. Dolah juga terlibat sama dalam usaha cas keting ini. Harap mereka ini sedar bahawa apa yang dilakukan ini akan melemahkan UMNO secara keseluruhannya. Apakah kita ingin melihat UMNO kalah dalam PRU13 nanti? Sedarkah bahawa kita masih belum benar-benar kuat sekarang ini? Cuba lihat perkembang terkini, banyak blogger-blogger pro kerajaan / UMNO juga sudah menghentam kerana tidak puas hati dengan beberapa perkara termasuk dasar kerajaan.

Sepatutnya kita semua tumpukan perhatian kepada memperkasakan UMNO Jerantut. Apa yang berlaku sekarang adalah kita semua telah menyumbang kepada memperkosa dan memperkasamkan UMNO itu sendiri.

KW jangan dicantas tetapi disokong, setakat ini dialah pemimpin UMNO Bahagian yang aktif dengan aktiviti kemasyarakatan. Kita semua harus sedar dan akui ini. Apapun usaha untuk melonjakkan Siti ianya harus dilakukan dengan teliti dan sabar. Situ juga jangan melatah dan terlalu mengikut arahan 'godfather'nya kerna silap langkah akan terjerat kerana KW juga mungkin sudah ada perancangan sendiri dari isyarat yang diberikan kepadanya selama ini. Jika tidak betul-betul kuat untuk memancung mungkin diri akan kecundang terpancung.

Siti situ sana sini harus hati-hati. Kalau tak betul-betul cukup kuat dari segi belanjawan peperangan, jangan sarang tebuan hendak dijolok. Kita yakin KW akan tetap teguh bagi satu dua penggal lagi. Yang terbaik adalah mengikut arus.

4 comments:

uRag dRrulug said...

hah, betul to wok, ame deme nak mulek memancas kitek buleh juge buat ye wok? Urag doh pileh KW, biolah dia buat keje dulu, kita tingok bulih buat ke dok, kalau doh tak bulih batu kita buang. Ini kang, tak sempat mende-mende lagi doh pancas buang, gemana sudohnya begini wok?

sarfan gusai said...

akuk ke sukung sangat don tuh

Anonymous said...

Siapa yang melantik Zahar? SU ke? ada komplot rupanya, bernakna UMNO Jerantut akan berentap lagi, semuga UMNO akan kalah dalam PRU13 nanti supaya semua pihak akan gigit jari sendiri. Itu yg terbaik untuk UMNO Jerantut, hehehe

menyegar said...

Salam.sememangnya pemimpin pemimpin UMNO sekarang makin bangsat dan makin tidak peka dengan kehendak rakyat.Perlu kah kita mengundi bangsat bangsat ini nanti?